Powered by Blogger.

Monday, February 17, 2014

Guru Maut Selepas Kereta Dipandu Merempuh Pokok

  NR       Monday, February 17, 2014

KUCHING: Hasrat seorang guru sekolah menengah untuk balik ke rumahnya di Serian tidak kesampaian apabila lelaki tersebut maut dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.

Cikgu Jimmy dalam kenangan
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Jimmy Then Choon Jing, 35, dari Jalan Bukit Ensuna di Serian mati serta-merta di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan dialami.

Difahamkan, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph yang memandu Toyota Altis menghala ke Serian itu hilang kawalan ke atas kenderaan lalu merempuh pokok sebelum berputar di jalan raya.

Akibat impak tersebut bahagian pemandu kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk sehingga tertanggal.

Menurut seorang pengusaha kilang memproses ayam berhampiran lokasi kemalangan yang enggan dikenali, dia hanya menyedari insiden itu setelah dimaklumkan oleh pekerjanya sekitar jam 5 pagi.

“Saya tidak menyedari apa-apa mahupun mendengar sebarang bunyi ketika tiba di tempat kerja ini kira-kira jam 3 pagi,” katanya.

Mereka kemudiannya memaklumkan insiden itu kepada pihak polis dan menghubungi ambulans.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Dilaporkan lokasi sama turut meragut nyawa seorang remaja berusia 17 tahun dan pada 1 Januari lalu, dua lelaki masing-masing berusia 34 tahun maut setelah terbabit dalam kemalangan di lokasi sama.

- Utusan Borneo
logoblog

Thanks for reading Guru Maut Selepas Kereta Dipandu Merempuh Pokok

Previous
« Prev Post

No comments: