Powered by Blogger.

Monday, February 17, 2014

KGBS Larang Ahli Sertai Perhimpunan Mansuh PBS di Putrajaya Sabtu Ini

  NR       Monday, February 17, 2014

KUCHING: Kesatuan Guru Bumi­putera Sarawak (KGBS) melarang ahlinya menyertai perhimpunan meminta kerajaan memansuhkan pelaksanaan sistem aplikasi Pentak­siran Berasaskan Sekolah (PBS) di Putrajaya, Sabtu ini.

Presidennya Ahmad Malie dalam kenyataannya semalam turut menyeru warga pendidik yang berada di sekitar Putrajaya agar menjauhkan diri serta jangan menyokong tindakan kumpu­lan berkenaan yang dianggapnya menangguk di air keruh.

“KGBS membantah sekeras-kerasnya rancangan kumpulan yang berura-ura untuk menganjurkan perhimpunan memansuhkan PBS di Putrajaya pada 22 Februari ini.

“KGBS membantah atas alasan dikhuatiri perhimpunan itu nanti akan menimbulkan huru-hara seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan paling teruk ia akan menjejaskan imej warga pendidik di negara ini,” ujarnya.

Ahmad yang juga Setiausaha Ke­satuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) Sarawak berkata perbuatan itu seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguh pelak­sanaan dan mengkaji semula PBS setelah mendengar rintihan guru.

Tambahnya, semua pihak harus memberi kepercayaan kepada kemente­rian untuk membuat kajian semula yang pastinya untuk kebaikan bersama.

Dalam pada itu beliau menggesa KPM memanggil kesatuan-kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara dalam sesi meja bulat untuk membincangkan perkara berkenaan seterusnya mencari resolusi terbaik menangani isu PBS.

“KGBS amat berharap Kementerian Pendidikan prihatin dengan cadangan ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Bernama Sabtu lepas melaporkan bahawa Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM) Shafruddin Ali Hussien sebagai berkata perhimpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan ker­ajaan dan menggugat KPM semata-mata demi kepentingan peribadi.

“Kita akan ingatkan semua pengetua dan guru besar melalui infoblast, sistem pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan ini,” katanya.

Selasa lepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem aplikasi PBS sehingga April depan selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.

Bagaimanapun sejak tahun lalu para guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran yang sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Pegawai Dae­rah Serian Sinde Muling dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian Dr Simon Sindang Bada.

logoblog

Thanks for reading KGBS Larang Ahli Sertai Perhimpunan Mansuh PBS di Putrajaya Sabtu Ini

Previous
« Prev Post

No comments: