Powered by Blogger.

Tuesday, February 11, 2014

PBS Akan Dikaji Semula & Ditangguhkan Sehingga 1 April 2014

  NR       Tuesday, February 11, 2014

Putrajaya: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selepas menerima banyak aduan daripada guru di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mengambil kira bebanan terhadap guru terutama bagi memasukkan data pelajar dalam sistem aplikasi PBS itu. 

Menurutnya, PBS akan dikaji secara menyeluruh dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. 

"Buat masa ini, guru-guru mengeluh kerana kerap berdepan masalah ketika memasukkan data pelajar dalam pangkalan data PBS menerusi dalam talian," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat tertutup mengenai pelaksanaan PBS bersama guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya P8 (1) di sini sebentar tadi.

Katanya, sistem pangkalan data PBS itu juga ditangguhkan sehingga 1 April depan bagi tujuan menaik taraf dan menyelesaikan isu-isu capaian.
logoblog

Thanks for reading PBS Akan Dikaji Semula & Ditangguhkan Sehingga 1 April 2014

Previous
« Prev Post

No comments: