Powered by Blogger.

Wednesday, May 14, 2014

Siasat Penyarah Kolej Komuniti Hina, Kutuk Sarawak

  NR       Wednesday, May 14, 2014

Tindakan seorang pensyarah Kolej Komuniti yang membuat ‘posting’ menghina dan mengutuk Sarawak dalam facebook amat dikesali rakyat Sarawak.

Dalam posting Facebooknya, pensyarah yang menggunakan akaun ‘Johanthan Joseph’ yang berkhidmat di Kolej Komuniti Betong telah meluahkan perasaan dengan menghina dan mengutuk Sarawak.

Kenyataan pensyarah itu boleh menimbulkan perasaan kurang senang antara rakyat negeri ini dan Semenanjung Malaysia.

Melibatkan negeri dalam soal peribadi adalah tidak wajar kerana akan menyebabkan perasaan kurang senang antara penduduk Sarawak dan Semenanjung.


Disebabkan perkara ini sudah diketahui umum adalah lebih baik pihak berwajib (Kolej Komuniti) supaya menjalankan siasatan segera supaya rakyat mengetahui cerita sebenar.

Perkara ini sangat serius kerana boleh merencatkan usaha kerajaan mentransformasikan pendidikan negara dalam melahirkan modal insan.

Menteri Kebajikan, Wanita & Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah mahu siasatan segera dijalankan terhadap pensyarah Kolej Komuniti yang membuat 'posting' menghina dan mengutuk Sarawak dalam Facebook.


logoblog

Thanks for reading Siasat Penyarah Kolej Komuniti Hina, Kutuk Sarawak

Previous
« Prev Post

No comments: