SHAH ALAM - Seramai 1,959 graduan pendidikan terpaksa menunggu setahun lagi untuk mendapat penempatan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, graduan-graduan tersebut menjadi calon simpanan selepas lebih 2,600 graduan telah disahkan penempatannya, semalam.
"Setelah hampir setahun menganggur, akhirnya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) keluaran IPTA ini dapat mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang pendidik.
"Dalam kegembiraan ini, saya tetap berasa sedih apabila seramai 1,959 orang graduan ISMP menjadi calon simpanan yang terpaksa menunggu setahun lagi sehingga 2015," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berharap pihak kementerian terus membantu graduan-graduan pendidikan itu agar dapat ditempatkan di mana-mana sekolah.
"Saya difahamkan bahawa Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II) sedang mencari mekanisme untuk memberi penempatan kepada graduan ini secara berperingkat.
"Saya berharap agar beliau terus membantu graduan calon simpanan ini untuk mencapai cita-cita mereka bergelar pendidik," katanya.
- SH, 18 Jun 2014
No comments:
Post a Comment