Powered by Blogger.

Thursday, January 15, 2015

Persiapan Calon Menduduki Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41 2015

  NR       Thursday, January 15, 2015
Sedang Dikemaskini



Artikel ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman calon yang menyumbangkan artikel di blog dan bertujuan untuk membantu para calon MAC agar lebih bersedia untuk menghadapi temuduga yang dijalankan dalam masa terdekat. 

Sedikit perbezaan Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41 pada tahun ini dimana pihak MARA memperkenalkan Fitness Test untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal calon yang ditemuduga. Setiap calon dikehendaki menggunakan pakaian sukan yang lengkap ketika sesi Fitness Test ini dijalankan selama lebih kurang 1 jam. Jangan lupa pula membawa pakaian formal untuk Micro Teaching & Temuduga. 


KAEDAH PENILAIAN :
i. Fitness Test
ü Berpakaian lengkap sukan.
ii. Ujian Psychometric
iii. Penilaian Temu Duga
iv. Tugasan Individu ( Micro Teaching/Amali Pra- Mengajar)
ü Pemilihan tajuk pengajaran adalah bebas mengikut subjek/bidang mengajar dan pembelajaran
ü Tempoh masa persembahan pra –mengajar yang diperuntukan adalah 10 minit sahaja.
ü Penyampaian dalam Bahasa Inggeris amatlah digalakkan bagi subjek Sains/ Matematik/
Komputer/ Perakuanan
ü Calon dikehendaki mempraktikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan
papan putih sahaja.
ü Calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat mengajar).

Panel Penilai bagi Micro Teaching & Temuduga 

Panel penilai bagi Micro Teaching & Temuduga ini adalah dikalangan Pengarah/Pengetua, Timbalan Hal Ehwal Akademik, Ketua Jabatan, Guru Cemerlang & mereka yang pakar dalam subjek/kursus para calon.

Rancangan Mengajar (Lesson Plan)

Perlukah saya membawa lesson plan semasa Micro Teaching?

Rujuk pada borang penyeliaan pengajaran yang boleh dimuatturun pada tawaran.

Rujuk juga borang Interview Assessment Form untuk mengetahui kiteria yang dinilai. 

Keliru dengan Jawatan yang ditawarkan




Ramai yang keliru dengan jawatan yang ditawarkan adalah DC41. Ini kerana pihak MARA memberi peluang kepada graduan bukan pendidikan contohnya Ijazah Sarjana Muda Sejarah UKM untuk menjadi pendidik. Graduan bukan pendidikan akan dihantar untuk mengikuti DPLI semasa dalam perkhidmatan untuk melayakkannya mendapat DG41. Manakala bagi graduan pendidikan akan ditawarkan jawatan Tetap jika mengikut kelayakkan yang ditetapkan. 

Penempatan PPPS DG41 

Bagi mereka yang berjaya akan ditempatkan di Instutut Pendidikan MARA (IPMA) sama ada di MRSM, IKM, KKTM dsb. 
logoblog

Thanks for reading Persiapan Calon Menduduki Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41 2015

Previous
« Prev Post

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas info yang diberi..sangat berguna kepada saya

Fahmi Amin said...

jangkaan tuan/puan, bila keputusan MAC diumumkan?

Anonymous said...

Yg boleh pegi temuduga, kene ada apa..diploma blh ka?