Powered by Blogger.

Tuesday, December 29, 2015

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Tahun 2016

  NR       Tuesday, December 29, 2015

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAKK) TAHUN 2016 DI JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2016:
1. Syarat-syarat:

*Warganegara Malaysia;
*Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
*Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
*Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
*Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
*Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.
2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
Tempoh : Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

a) PANDUAN IKLAN JAWATAN KOSONG SPAKK dan;
b) BORANG PERMOHONAN

Boleh dimuat turun pada pautan berikut>> SISTEM KEMAS

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 11 JANUARI 2016 (ISNIN)
logoblog

Thanks for reading Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Tahun 2016

Previous
« Prev Post

No comments: