Powered by Blogger.

Wednesday, August 16, 2017

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2017/2018

  NR       Wednesday, August 16, 2017


IKLAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) SESI AKADEMIK 2017/2018
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2017/2018.

Syarat-Syarat Tawaran :

(i) Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak.
(ii) Sedang mengikuti pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Intitusi Pengajian Tinggi Awam sahaja.
(iii) Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.
Cara Permohonan :
(i) Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui di laman web : http://escholarship.sarawak.gov.my/psc…/maintenance/main.jsp
(ii) Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal.
(iii) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat akan DITOLAK.
Bidang-Bidang Pengajian Tajaan :
Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Ekonomi dan Perniagaan / Sains dan Sains Gunaan / Undang-Undang / Pengurusan / Sains Sosial

Tempoh Permohonan :

(i) Tempoh permohonan adalah dari 13 Ogos 2017 sehingga 26 Ogos 2017.
(ii) Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
082-236325 / 082-236554
logoblog

Thanks for reading Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2017/2018

Previous
« Prev Post

No comments: