Powered by Blogger.

Friday, October 05, 2018

KPM Pertimbang Elaun Tambahan Sara Hidup Guru Johor & Selangor

  NR       Friday, October 05, 2018
DR Maszlee (kiri) menyempurnakan majlis pelancaran laluan baharu 
Bas Harapan Johor 2018 dari Simpang Renggam ke Renggam.

SIMPANG RENGGAM: Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan Elaun Tambahan Sara Hidup bagi guru di kawasan kritikal Johor dan Selangor.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata beliau sendiri mahu ia direalisasikan dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan kritikal di dua negeri berkenaan.
Katanya, perkara berkenaan sudah mendapat maklum pihak kementerian dan kini di peringkat cadangan sebelum ia dilaksanakan.
“Itu (Elaun Tambahan Sara Hidup) sedang dipertimbangkan, memang kita sedang buat tetapi masih di peringkat cadangan di pihak kementerian.
“Saya sendiri inginkan perkara itu berlaku sebab kita kekurangan guru di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran laluan baharu Bas Harapan Johor 2018 dari Simpang Renggam ke Renggam di sini, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata Kementerian Pendidikan sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencari cara penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri terutamanya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.
Katanya, kawasan yang ‘kritikal’ ketika ini adalah di Johor Bahru dan Shah Alam memandangkan guru kurang berminat mengajar di negeri terbabit berikutan kos sara hidup yang tinggi.
- BH
logoblog

Thanks for reading KPM Pertimbang Elaun Tambahan Sara Hidup Guru Johor & Selangor

Previous
« Prev Post

No comments: