Powered by Blogger.

Monday, December 20, 2010

Biro Pengaduan Awam (BPA) incang dengan KPM isu pemindahan guru

  NR       Monday, December 20, 2010
KUALA LUMPUR: Biro Pengaduan Awam (BPA) bercadang untuk menemui pegawai Kementerian Pelajaran Rabu ini bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi lebih 100 guru yang diarah berpindah di Selangor dan Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata beliau menerima banyak aduan daripada guru-guru berkenaan yang mengharapkan bantuannya.

"Mereka perlu menyewa rumah, dan dalam beberapa kes ada antara mereka yang terpaksa merempuh perjalanan jauh berulang alik dari rumah ke sekolah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merujuk kepada beberapa laporan media sebelum ini mengenai keluhan lebih 100 guru yang menyuarakan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dilaporkan berkata penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan pertubuhan itu memohon agar kerajaan menimbangkan semula pemindahan itu.

Dua hari lalu, Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa pelaksanaan penempatan semula guru-guru ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor perlu dilakukan untuk menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris yang amat kritikal di kedua-dua daerah. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Biro Pengaduan Awam (BPA) incang dengan KPM isu pemindahan guru

Previous
« Prev Post

1 comment:

PAR miskin said...

Masaalah yg kami kakitangan yg berjawatan PAR yg berkhidmat dgn jabatan pelajaran Perak/Daerah Hulu Perak ialah berkenaan dgn TNT elaun motosikal kami yg tidak dibayar bermula dari bulan March 2011 hingga bulan Mei masih belum dibayar,dan utk bulan Jun pun belum tentu dibayar.Bukan semua PAR layak buat TNT elaun motosikal hanya mereka yg membuat tugas menghantar surat dan sebagainya.Alasan yg diberikan Jabatan tak ada duit.
Fikirlah bagaimana kami nak menanggung kos minyak yg tinggi dgn gaji kami yg rendah.Bukankah Elaun motosikal telah dimasukkan dalam bajet perbelanjaan jabatan bukan TNT kursus,seminar atau sebagainya.Kenapa golongan kami selalu ditindas.