Powered by Blogger.

Thursday, December 16, 2010

Sarawak paling ramai Bumiputera di SJKC

  NR       Thursday, December 16, 2010


KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Sarawak merekodkan jumlah murid Bumiputera paling ramai mendaftar di SJKC iaitu 16,430.
Seramai 55,975 atau 9.15 peratus daripada 612,064 pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara terdiri daripada pelajar Bumiputera.
Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata bilangan kedua terbesar ialah di Sabah dengan 12,138 pelajar diikuti Johor dengan 4,917.

Muhyiddin berkata jumlah keseluruhan itu termasuk murid prasekolah. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Sarawak paling ramai Bumiputera di SJKC

Previous
« Prev Post

No comments: