Powered by Blogger.

Monday, December 20, 2010

Giat Mara disasar lahirkan 8,000 usahawan mikro

  NR       Monday, December 20, 2010

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kerajaan menyasarkan kewujudan sekurang-kurangnya 8,000 usahawan mikro menerusi institusi Giat Mara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, peruntukan tambahan RM40 juta sudah diluluskan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) khusus bagi tujuan merealisasikan hasrat itu.

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya tidak mahu Giat Mara hanya mengambil peranan untuk melatih sahaja kerana apa yang penting adalah hasilnya, iaitu melahirkan lebih ramai usahawan yang dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.

"Jadi, soal dia hendak bekerja dengan jabatan kerajaan atau dengan kilang-kilang, sudah tidak timbul lagi selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Produk Kemahiran Giat Mara Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Menurutnya, sehingga kini jumlah pelatih yang menamatkan latihan di Giat Mara Wilayah Persekutuan adalah seramai 3,193 orang dan daripada jumlah itu 137 orang sudah menjadi usahawan. – Bernama
logoblog

Thanks for reading Giat Mara disasar lahirkan 8,000 usahawan mikro

Previous
« Prev Post

No comments: