Powered by Blogger.

Thursday, December 16, 2010

Subjek Sejarah tambahan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014

  NR       Thursday, December 16, 2010


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Mata pelajaran Sejarah akan diperkenal dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada murid memperbaiki keputusan dan berupaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Ketika ini SPMU hanya ditawarkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, format peperiksaan dan pentaksiran ke atas murid juga akan direka bentuk semula untuk lebih memotivasikan mereka ke arah mempelajari dan
menghayati sejarah terutamanya sejarah tanah air.

"Oleh itu, beberapa pendekatan yang bersesuaian berkaitan mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM pada tahun 2013 akan diteliti supaya tidak lagi terkongkong dengan paradigma sebelum ini.
"Ini untuk memastikan pembelajaran Sejarah mampu memberikan impak yang lebih berkesan dan tidak hanya berdasarkan kepada keputusan peperiksaan semata-mata," jelasnya.


Pada Oktober lalu, kerajaan mengumumkan selain Bahasa Melayu, Sejarah juga akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM bermula tahun 2013. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Subjek Sejarah tambahan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014

Previous
« Prev Post

No comments: