Powered by Blogger.

Friday, January 28, 2011

Sinar Harian bertarikh 24 November 2010 – GURU DIDAKWA PUNCA MURID TIDAK BERJAYA

  NR       Friday, January 28, 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Sinar Harian bertarikh 24 November 2010 –Guru didakwa punca murid tidak berjaya.
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan UPSR tahun 2010 SJKT Vivekananda adalah 35% lulus manakala bagi tahun 2003, 40% lulus. Bagi memastikan pencapaian murid-murid adalah cemerlang dalam keputusan UPSR, sekolah telah melaksanakan beberapa program iaitu Bengkel UPSR, Program Khas UPSR, Kelas Tambahan, Kem Motivasi Tahun 6, Sesi Dialog dengan Ibubapa dan Kem Pendidikan.
Nemun begitu, terdapat sedikit kekangan dalam pelaksanaan program yang melibatkan pelajar dan ibubapa. Bagi program kelas tambahan, didapati kehadiran murid adalah tidak menggalakkan iaitu 115 orang hadir berbanding 253 jumlah pelajar tahun 6. Di samping itu juga, program sesi dialog dengan ibubapa hanya dihadiri oleh 56 orang sahaja berbanding 514 ibubapa di sekolah tersebut.
Merujuk kepada kemudahan tandas pelajar, sekolah telah menyediakan 6 tandas murid lelaki dan 8 tandas untuk murid perempuan. Kesemua kerosakan telah dibaikpulih dan boleh digunakan menjelang sesi persekolahan 2011.
Bagi mengatasi sebarang masalah yang melibatkan PIBG dan murid-murid, sekolah sentiasa membuka ruang bagi menyelesaikan sebarang masalah dan adalah diharapkan pendekatan ini dapat menjadi amalan pada masa-masa akan datang.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
logoblog

Thanks for reading Sinar Harian bertarikh 24 November 2010 – GURU DIDAKWA PUNCA MURID TIDAK BERJAYA

Previous
« Prev Post

No comments: