Powered by Blogger.

Sunday, March 20, 2011

GURU BAHASA MALAYSIA - PUTRAJAYA

  NR       Sunday, March 20, 2011

Responsibilities:
Tanggungjawab:
  • Mengajar Bahasa Malaysia dengan menggunakan medium Bahasa Inggeris
  • Mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajar yang belajar Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua
  • Mengajar pelajar-pelajar dari peringkat pra-sekolah sehingga peringkat menengah
  • Mengajar, belajar dan berkembang seiring dengan perkembangan sekolah
  • Mengajar dengan penuh dedikasi dan memberikan perhatian sepenuhnya terutama terhadap pelajar pra-sekolah
  • Dapat mengadaptasi cara pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan di sekolah antarabangsa dengan pandangan terbuka

Requirements:
Keperluan:
  • Mempunyai Diploma / Ijazah Pendidikan dalam Bahasa Malaysia atau Sastera
  • Mempunyai pengalaman mengajar, sebaik-baiknya di sekolah antarabangsa atau yang setaraf dengannya
  • Mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan berdedikasi
  • Dapat memulakan tugas pada bulan Ogos 2011



Calon yang berjaya akan mendapat pakej gaji yang menarik dan kompetitif seiring dengan pengalaman yang dimiliki.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar data peribadi (resume) yang lengkap disertai dengan nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran paspot, gaji yang diperolehi sekarang dan gaji yang dipohon, nama 2 orang yang boleh dijadikan rujukan pengalaman bekerja anda, dihantar melalui e-mel kepada hr@nexus.edu.mydengan menulis subjek e-mel tersebut sebagai – “Guru Bahasa Malaysia ”.
Tarikh Tutup : 28 Mac 2011 .
logoblog

Thanks for reading GURU BAHASA MALAYSIA - PUTRAJAYA

Previous
« Prev Post

No comments: