KUCHING: Kaedah peng-ajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran 60 peratus nisbah pelajar dalam jurusan sains menjelang 2012.
KHAZANAH ILMU: Dr Zulwali (kanan) menunjukkan buku hasil terbitan PROFES kepada Fatimah (dua kanan) ketika kunjungan hormat ke pejabat menteri itu di Kuching semalam.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata dua subjek penting ini merupakan kelemahan utama pelajar negeri ini.
Justeru katanya, pendekatan yang digunakan perlu diubah ke arah lebih interaktif serta disesuaikan dengan setiap peringkat pembelajaran.
“Pendidikan merupakan bidang yang tidak statik dan sentiasa berubah-ubah bagi tujuan penambahbaikan.
“Bagaimanapun, setiap perancangan yang dibuat perlu dilakukan secara ber-tepatan untuk jaminan masa depan anak-anak atau pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di pejabatnya sempena kunjungan hormat Persatuan Perkembangan Profesiona-lisme Pendidikan Sarawak (PROFES) di sini semalam.
Sementara itu, Presiden PROFES Dr Zulwali Kifli Merawi berkata pelajar Sarawak berhadapan dengan masalah kelemahan dalam dua subjek penting ini iaitu Sains dan Matematik.
Katanya, kajian 2007 mendapati ramai kalangan mereka kurang berminat dengan dua subjek ini berpunca dari-pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik.
Justeru katanya, pendekatan ini perlu dipertingkatkan agar ia tidak menjadi tentangan kepada pelajar Sarawak dalam mencapai Wawasan 2020.
Bercakap mengenai PROFES, ia telah ditubuhkan sejak 1998 dan telah berjaya menerbitkan 18 buku serta 10 edisi jurnal.
Objektif utama penubuhannya adalah untuk memantapkan perkembangan pendidikan melalui budaya pendidikan di kalangan warga pendidik.
No comments:
Post a Comment