KUCHING: Lambaga Amanah Kebajikan Wanita Iban (IWCT) membayar sejumlah RM325,000 kepada 25 pertubuhan wanita untuk mempromosikan kepentingan pengetahuan dan pendidikan di kalangan wanita pada Sabtu lepas.
Pengerusi IWCT Dato Sri Empiang Jabu berkata dengan usaha tersebut, diharapkan semua 23 cawangan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), Bahagian Wanita Persekutuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) akan dapat menggunakan dana tersebut untuk aktiviti pendidikan, kemahiran berkomputer, projek menjana pendapatan, industri makanan dan industri kotej.
“Setelah menjadi pengerusi SIDS sejak 26 tahun lepas, telah banyak yang saya lalui dan fahami mengenai apa yang diperlukan oleh wanita Iban untuk seiring dengan pembangunan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Justeru objektif IWCT adalah untuk mempromosikan, memajukan, memberi galakan dan kesedaran di kalangan wanita Iban mengenai ekonomi, budaya, pendidikan dan kesihatan serta perkara-perkara yang berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam anjuran IWCT dan SIDS.
Sementara itu, Empiang juga menasihati wanita agar memberikan tumpuan penuh kepada pendidikan anak-anak mereka agar tidak terdedah dan terjebak dengan masalah sosial.
SIDS kini telah mempunyai sekitar 10,573 ahli dan telah dibentuk sejak 54 tahun lalu, manakala IWCT pula ditubuhkan pada 1 Januari 2009.
IWCT adalah pertubuhan yang bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita Iban dan SIDS adalah salah satu daripada pertubuhan tersebut.
Hadir sama pada majlis makan malam tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Alam sekitar dan Sumber Asli Dato Sri Douglas Uggah Embas, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan dan Penasihat
- UB
No comments:
Post a Comment