Powered by Blogger.

Thursday, March 24, 2011

Seramai 673 calon SPM 2010 dari S’wak dapat gred A

  NR       Thursday, March 24, 2011

KUCHING: Pencapaian pres-tasi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Sarawak secara keseluruhannya amat menggalakkan dengan 673 orang calon sekurang-kurangnya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Jumlah itu meningkat sebanyak 167 orang calon berbanding hanya 506 orang calon gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun 2009.
Menurut kenyataan akhbar daripada Jabatan Pelajaran Sarawak semalam, daripada jumlah itu seramai 36 orang calon beprestasi cemerlang tertinggi mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran dan ia meningkat sebanyak 27 orang berbanding hanya sembilan orang calon pada tahun 2009.
Daripada 36 orang calon berkenaan seorang mendapat 11A+, 25 orang (10A+) dan 10 orang (9A+) dalam semua mata pelajaran.
Keputusan yang dikeluarkan semalam menyaksikan Sarawak mencatatkan seramai 32,352 (91.78 peratus) calon dari sekolah menengah yang hadir peperiksaan SPM 2010 telah berjaya mendapat sijil iaitu dengan memenuhi syarat sekurangnya lulus mata pe-lajaran Bahasa Melayu.
91.78 peratus berkenaan ada-lah daripada 35,249 calon yang hadir peperiksaan SPM 2010.
- UB
logoblog

Thanks for reading Seramai 673 calon SPM 2010 dari S’wak dapat gred A

Previous
« Prev Post

No comments: