Powered by Blogger.

Tuesday, April 05, 2011

Bayaran belajar memandu mungkin naik

  NR       Tuesday, April 05, 2011
SIBU: Sekiranya dibenarkan, kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu akan dinaikkan pada tahun ini.
Pengurus Pentadbiran Institut Memandu Wawasan Sibu (IMWS) Peter Loh berkata, kenaikan itu dilihat perlu berikutan faktor seperti kenaikan harga minyak, alat ganti serta gaji pekerja.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa pihaknya akan membuat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan berhubung kenaikan bayaran itu.
“Kos operasi yang semakin meningkat tidak memberi kami pilihan selain terpaksa menyemak semula kadar bayaran semasa,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Loh bagaimanapun tidak memberitahu bila kadar baru bayaran memandu itu akan dikuatkuasakan.
Apa yang pasti katanya, pihaknya perlu kerap menghantar kenderaan yang digunakan untuk belajar, untuk diselenggara bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
“Penyelenggaraan kenderaan ini amat penting bagi menjaga keselamatan pelajar dan juga mereka yang mengajar memandu,” tegas beliau.
Ditanya mengenai kadar bayaran belajar memandu kini, Loh memberitahu kadar bayaran dalam lingkungan RM1,000.
Katanya, mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, seseorang memerlukan masa sebulan bagi menjalani kursus serta ujian memandu.
“Jika kurang daripada tempoh masa itu, seseorang itu tidak akan dibenarkan menduduki ujian memandu,” tambah Loh.
- UB

logoblog

Thanks for reading Bayaran belajar memandu mungkin naik

Previous
« Prev Post

No comments: