Sumber : Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin menarik perhatian semua IPTS tentang seksyen 72 hingga 75 dan 83 Akta 555 berhubung dengan perkara Pengiklanan serta Garis Panduan Pengiklanan yang telah di kemas kini. Ketidakpatuhan kepada seksyen-seksyen tersebut serta garis panduan berkaitan boleh menyebabkan tindakan perundangan di ambil di bawah Seksyen 72(2), 73(4), 75 dan 83(mengikut mana yang bersesuaian) terhadap IPTS berkenaan. KPT juga akan menghebahkan nama IPTS terbabit jika di sabitkan kesalahan di laman sesawang kementerian.
Semua IPTS diberikan masa sehingga 30 April 2011 untuk mengambil tindakan mengemaskinikan semua bentuk iklan yang di keluarkan.
No comments:
Post a Comment