Powered by Blogger.

Tuesday, April 19, 2011

RM20 bilion biayai pengajian rakyat: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

  NR       Tuesday, April 19, 2011
PUTRAJAYA: Kerajaan mensasarkan 60,000 rakyat Malaysia akan menjadi pemegang ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2023.

Berikutan itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 bilion untuk membiayai pengajian rakyat Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan pembiayaan itu disalurkan menerusi empat program iaitu Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Sarjana Dalam Negara (MyMaster), Program Pembiayaan Pengajian PhD Dalam Negara (MyPhd), Program PhD Industri dan Program Skim Latihan Akademik IPTA.
Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM298 juta diperuntukkan untuk menjayakan semua program berkenaan, pada 2011.

"Ini adalah sebagai permulaan kementerian meletakkan sasaran untuk melahirkan 5,000 graduan menerusi program MyPhD; 40,000 graduan melalui program MyMaster; 500 graduan program untuk PhD Industri dan 9,700 bgraduan menerusi program SLAI," katanya.

- BH
logoblog

Thanks for reading RM20 bilion biayai pengajian rakyat: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Previous
« Prev Post

No comments: