KUCHING: Kira-kira 80 peratus guru di sekolah-sekolah kebangsaan di negeri ini merupakan dari kalangan rakyat tempatan dan usaha kini giat dilakukan untuk meningkatkan angka itu.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata, usaha untuk itu digerakkan oleh kerajaan negeri sejak lebih lima tahun lepas.
Pada masa ini seramai 40,300 guru bertugas di Sarawak.
“Seramai 20,558 orang adalah guru mengajar di sekolah rendah dengan 3,921 orang dari Semenanjung Malaysia dan 560 orang dari Sabah.
“Untuk sekolah menengah, guru dari Sarawak ialah seramai 11,596 orang, Semenanjung Malaysia 3,560 orang dan Sabah 193 orang,” katanya ditemui selepas merasmikan satu kursus di Kompleks Yayasan Kemajuan Insan (Yakin) di sini, semalam.
Beliau memperbetulkan angka dinyatakan oleh Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri James Masing baru-baru ini yang membantah tindakan menghantar kira-kira 80,000 guru dari Semenanjung Malaysia untuk bertugas di negeri ini.
Masing bagaimanapun mengakui angka tersebut adalah satu kesilapan.
- UB
No comments:
Post a Comment