Powered by Blogger.

Monday, May 23, 2011

Sertai STU untuk bantu guru dilindungi tindakan undang-undang

  NR       Monday, May 23, 2011
BINTULU: Guru-guru di negeri ini diseru untuk menjadi ahli Kesatuan Guru Sarawak (STU) bagi memudahkan kesatuan melindungi mereka dari tindakan undang-undang yang dibuat oleh anak didik mereka sendiri.
Presidennya William Ghani Bina berkata, kita amat sedih dengan kes yang berlaku di Sibu melibatkan dua guru yang bukan ahli STU telah disaman baru-baru ini.
“Kita tidak mahu apabila menghadapi masalah, masuk STU. Kita tidak mahu STU seperti tandas awam. Sebenarnya dua yang terlibat tetapi semua guru lain kena saman,” ujarnya berucap di perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan penyampaian Anugerah Cemerlang STU Bahagian Bintulu di Hotel Li Hua semalam.
Beliau berkata, kita sebenarnya berharap semua guru-guru di negeri ini menjadi ahli STU dan tidak berharap apabila ditimpa masalah baru hendak menjadi ahli.
“Tidak mengira dari mana pun guru-guru, masuklah menjadi ahli dan kita bersedia menerima mereka,” katanya sambil menambah STU mampu melindungi ahli-ahlinya dari tindakan perundangan dan sebagainya.
Katanya, STU bertuju dengan cadangan Pengerusi STU Bintulu untuk guru guru yang mewakili sekolah dan ahli-ahlinya untuk menganjurkan kursus perundangan bertujuan untuk membincangkan mengenai hak guru sebagai kakitangan awam dan hak perundangan.
“Kita tidak mahu apabila menegur anak didik kerana atas sesuatu kesalahan kita disaman dan berlaku pula anak didik kita yang membawa samseng ke sekolah untuk memukul guru,” katanya.
Ujarnya, sekiranya begitu keadaannya kita perlu memberitahu ibu bapa agar bekerjasama dengan para guru.
“Anak-anak anda juga merupakan pelajar kami. Tugas kami adalah untuk membantu mengajar, menulis mengira dan sepatutnya tugas kami bukan penekanan kepada soal disiplin.
“Tetapi ada juga kes yang berlaku guru yang ditumbuk oleh ibu bapa. Saya malu melihat kejadian itu berlaku,” katanya dengan nada kesal.
Justeru katanya, jika begitu keadaannya, apabila pelajar melakukan kesalahan guru-guru tidak akan berani untuk menegur sebaliknya guru masuk kelas mengajar apabila loceng berbunyi dan tamat kelas terus balik.
Beliau berkata, dalam hal ini saya menyeru kepada ibu bapa sekiranya adalah mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hadirlah beramai-ramai untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit dan menyelesaikan apa jua masalah berkaitan.
“Kecemerlangan masa depan negara adalah amat bergantung kepada anak-anak anda,” tambahnya.
Dalam pada itu katanya, amat penting untuk STU kuat supaya segala keputusan dan dasar dalam kesatuan tidak ditentukan oleh pihak atasan tanpa pengetahuan ahli dan segala perkara mengenai dasar pelajaran dapat dibincangkan dengan kementerian.
Sementara itu Pengerusi STU Bahagian Bintulu, Soo Siew Huong berkata, keahlian STU di sini kini semakin bertambah dan telah mencecah jumlah 858 orang guru.
“Sasaran kita adalah untuk mencapai 50 peratus ahli dengan merekrut lebih ramai ahli baru lebih-lebih lagi banyak keistimewaan diberikan sekiranya menjadi ahli antaranya dari segi perlindungan undang-undang,” katanya.
Terdahulu seramai 42 anak-anak ahli STU di sini menerima anugerah dan insentif tersebut. Turut hadir menyampaikan anugerah Senator Pau Chiong Ung.
- UB
logoblog

Thanks for reading Sertai STU untuk bantu guru dilindungi tindakan undang-undang

Previous
« Prev Post

No comments: