Bagaimanapun, katanya mereka akan meneliti dahulu pelajar pintar yang tidak layak memohon biasiswa JPA atas pelbagai alasan, seterusnya memberi mereka keutamaan untuk biasiswa 1MDB.
"Mereka adalah kumpulan yang tidak mendapat tempat kerana tidak melepasi syarat JPA. Terdapat kes di mana pelajar mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tetapi tidak cukup A dalam beberapa matapelajaran, (akhirnya) mereka tidak mendapat sebarang tawaran.
"Pelajar seperti ini akan diberikan keutamaan untuk mendapat tajaan 1MDB," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 1MDB bersama pemimpin BN.
No comments:
Post a Comment