Sekadar hiasan
Enam tahun sy menjadi Ketua Pentaksir Kebangsaan. Apa yang di
luahkan oleh guru ini ada benarnya ...Setiap warga PENDIDIK,PPD,JPN,KPM sampai
menteri wajib baca. Najib pun jangan lupa baca. Saya ambil daripada wall seorang sahabat. Isu PBS…
apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi
lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …
1. Contoh: Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas
36 orang pelajar
2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan
evidens ke dalam fail individu pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288
fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)
3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free
period) cikgu
4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit)
kadang2 ditambah waktu ganti kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu
seminggu
5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk
Sabtu dan Ahad perkara biasa)
6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah
dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja
kata deme…. Haaa…haaa…)
7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2
talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)
8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering)
kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi …
masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …
9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak
ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS
sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya
beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band
kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang
utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah
cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga
yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…
10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang
balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas
pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah
pertandingan dsb.
11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum
jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …
12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk
memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM
beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)
13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x
8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan
sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400
= 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200
helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang
kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan …
boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena
cetak …heeemmm 2x5 saja.
14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun
tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut
ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau
tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?
15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan
beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan
… parasit!
16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan
fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail
tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat
masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat
pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …
17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir …
isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas
guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi
kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa
lagi … Surat Lantikan Pentaksir
pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira
sebagai arahan utk melaksanakan PBS
18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki
waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan
subjek berikutnya … tepuk dada tanya …
19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas
PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah
mengajar kelas PBS pun…
20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …
No comments:
Post a Comment