KUALA LUMPUR 27 Sept. - Lebih 30 murid Sekolah
Rendah Kebangsaan Wangsa Jaya di Seksyen 4, Wangsa Maju, di sini, mengalami
sakit perut dan muntah-muntah, dipercayai berpunca daripada jamuan Aidilfitri
yang diadakan oleh pihak sekolah terbabit, hari ini.
Kesemua murid tersebut dipercayai termakan nasi goreng yang telah basi dalam jamuan pukul 11 pagi itu.
Kesemua murid tersebut dipercayai termakan nasi goreng yang telah basi dalam jamuan pukul 11 pagi itu.
Menurut salah seorang ibu mangsa yang hanya ingin dikenali
sebagai Akidah berkata, dia terkejut apabila suaminya memaklumkan anak mereka
mengalami sakit perut dan muntah-muntah.
"Lebih mengejutkan apabila turut dimaklumkan selain anak
saya, terdapat lebih 30 orang murid lagi mengalami masalah yang sama.
"Sebaik sahaja mengetahui kejadian tersebut, saya
bergegas mengambil dan menghantar anak saya ke klinik untuk menerima
rawatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Tambahnya, selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di
sebuah klinik berhampiran, anaknya dan beberapa murid lain dibenarkan pulang ke
rumah untuk berehat.
"Anak saya bernasib baik kerana tidak seteruk murid lain
yang mengalami muntah-muntah lebih lapan kali dan terpaksa masuk ke tandas
berulang kali," katanya.
Akidah memberitahu, sebelum kejadian itu, anaknya ada
memaklumkan kepada gurunya berhubung bau nasi itu yang telah masam.
"Bagaimanapun gurunya menafikan dan mengatakan ia masih
elok untuk dimakan. Saya kesal dengan tindakan pihak sekolah terbabit yang cuai
dalam menyediakan makanan untuk murid-murid.
"Saya ada bertanya siapa membekalkan nasi itu
bagaimanapun pihak sekolah enggan memaklumkan sama ada pihak kantin mahupun
katering.
"Mereka enggan mendedahkan nama namun, memberitahu akan
mengambil tindakan terhadap pihak terbabit," ujarnya.
Sementara itu, menurut Dr. Aziz Abu Bakar yang bertugas di
Klinik Famili Wangsa Melawatiberkata, beliau telah menjalankan rawatan ke atas beberapa murid yang dihantar ke
klinik terbabit.
"Berdasarkan simptom-simptom yang dialami murid-murid
tersebut, jelas menunjukkan mereka mengalami keracunan makanan.
No comments:
Post a Comment