KUCHING:
Pengambilan pelajar untuk kelas baharu bahasa Korea di Universiti UCSI, Kampus
Sarawak kini dibuka untuk Tahap Satu bermula 4 Oktober depan.
Kelas akan dikendalikan setiap petang Selasa
dan Khamis bermula jam 6.30 petang dan dibuka kepada orang awam.
UCSI Extension, merupakan anak syarikat
kumpulan UCSI, dan kelas bahasa Korea akan diajar oleh tenaga pengajar dari
Korea.
Tempoh pengajaran ialah tiga bulan agar pelajar
dapat berkomunikasi dalam bahasa Korea selepas tamat Tahap Satu.
Untuk interaksi yang lebih berkesan, tenaga
pengajar dan pelajar ditempatkan di dalam sebuah kelas yang boleh memuatkan 20
hingga 25 orang pelajar sahaja.
Berdasarkan pengambilan sebelum ini, kemasukan
pelajar Korea adalah yang paling popular dan kini sudah terdapat beberapa nama
di dalam senarai menunggu.
Orang ramai yang ingin mengikuti kelas bagi
pengambilan seterusnya, boleh menghubungi dan berdaftar dengan Ivan menerusi
talian 019-8741677 atau 082-455255 sambungan 7044.
Selain Tahap Satu, UCSI turut menawarkan kelas
bahasa Korea Tahap Dua.
Turut ditawarkan ialah kelas bahasa Jepun dan
Perancis yang kesemuanya dikendalikan di Kampus UCSI yang terletak di Jalan Tun
Jugah, Kuching.
UCSI menawarkan kelas bahasa Inggeris untuk
orang ramai yang tidak fasih dan ingin meningkatkan pengetahuan dalam bahasa
itu.
Kelas ini menitikberatkan penggunaan dan
penstrukturan tatabahasa yang betul dalam berkomunikasi secara efektif.
Sijil akan diberikan kepada pelajar yang tamat
dalam setiap kursus bahasa yang diambil selepas tiga bulan.
1 comment:
how about the fee in level one?
Post a Comment