Program ijazah itu akan dimula sebaik Kampus Mukah siap
KUCHING: Universiti Tek-nologi MARA (UiTM) Sara-wak akan memperkenalkan program baru, Ijazah Sarjana Muda Penghasilan Herba di Kampus Mukah.
Program pertama seumpamanya itu dijangka akan dimulakan sebaik kampus Mukah dengan kapasiti 2,000 orang pelajar beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini.
Rektor UiTM Sarawak, Prof. Dr Jamil Hamali berkata, program baru itu akan membolehkan pelajar Diploma Pengurusan Penanaman melanjutkan pengajian dalam bidang penghasilan herba.
“Sarawak mempunyai sumber herba dan hasil hutan yang berpotensi untuk dimajukan bagi memenuhi keperluan dalam bidang kesihatan amnya.
“Melalui program ini, kita akan dapat menghasilkan alternatif baru kepada ne-geri dalam penghasilan herba agar tidak hanya bergantung kepada bahan kimia,” kata-nya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya yang terletak di Taman Asiah, Jalan Sri Kandis, Petra Jaya di sini semalam.
Jamil turut menambah, UiTM Sarawak turut akan memperkenalkan pengajian dalam bidang perikanan dan lain-lain program baru yang relevan dengan Projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Pengambilan pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Penghasilan Herba akan meli-batkan pelajar seramai 30 orang dan akan ditambah pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, UiTM Sarawak juga akan menjalankan pelbagai bentuk program antaranya persidangan mengenai bioteknologi pada 9 September ini.
Selain itu, UiTM turut menjalankan kerjasama dengan universiti lain di Borneo bagi menjayakan Persidangan Antarabangsa Islam Borneo IV pada Oktober depan.
Persidangan tersebut bakal menyediakan wadah diskusi tentang perkembangan pendidikan Islam di Borneo dan dijangka akan dihadiri oleh 300 peserta bertempat di Universitas Mulawarman, Kalimantan Timur, Republik Indonesia.
Pada masa yang sama, persidangan itu juga bagi mengumpulkan hasil tulisan yang berkaitan dengan manuskrip nusantara khsusnya Kepulauan Borneo serta mengumpul bahan atau karya ilmiah yang berkaitan dengan pendidikan dan isu semasa Islam di Borneo yang akan menjadi rujukan masa depan.
- UB
No comments:
Post a Comment