Powered by Blogger.

Wednesday, September 07, 2011

LABUR PADA GURU TEMPATAN, BUKAN "IMPORT" GURU: KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK

  NR       Wednesday, September 07, 2011

Kementerian patut beri keutamaan kepada mereka yang fasih, mahir dalam pengajaran Bahasa Inggeris

BERSAMA RAIKAN HARI RAYA: Ahmad Malie dan isteri Fatimah Lee serta ahli keluarganya merakamkan gambar kenangan bersama rakan-rakan yang mengunjungi rumah terbuka di kediamannya, di Kuching semalam.


KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) berpendapat, usaha untuk memperkasakan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) di negara ini, Kementerian Pelajaran sewajarnya melabur kepada guru tempatan dan bukannya mendapatkan khidmat guru ‘import’.
Menurut Yang Dipertua KGBS, Ahmad Malie, khidmat guru tempatan seharusnya diutamakan, di mana terdapat ramai di kalangan guru tempatan adalah fasih dan mahir dalam pengajaran BI.
“Saya rasa pandangan pihak kementerian, guru tempatan adalah di peringkat sederhana.
“Tetapi bagi saya tidak semua guru tempatan sebegitu, sebaliknya ramai yang mempunyai kemahiran tersendiri,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya di kediamannya di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan baru-baru ini yang memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) sudi menghantar 300 tenaga pengajar lepasan ijazahnya ke Malaysia dalam misi membantu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar negara ini menerusi Program Fulbright.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, program ini akan bermula tahun depan.
Menurut beliau, program tenaga pengajar sukarela dari AS ini tidak akan mengganggu kurikulum pengajaran BI sedia ada sebaliknya mereka akan mengambil masa luar sekolah dengan menggunakan teknik pembelajaran yang menyeronokkan.
Sebenarnya Kerajaan Ne-geri Terengganu sudah pun melaksanakan program seumpama itu.
Hasilnya, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Terengganu semakin meningkat.
Bagaimanapun, Malie menjelaskan daripada mendapatkan khidmat guru import, adalah lebih baik untuk pihak kementerian menaja atau menghantar guru-guru tempatan mengikuti kursus kemahiran di luar negara sekali gus mengembangkan profesionalisme mereka.
Sehubungan itu, beliau berkata, KGBS menyokong usaha kementerian dalam program latihan guru khusus untuk BI, di mana guru-guru akan mengikuti kursus selama dua tahun di Institut Perguruan di seluruh negara dan dua tahun lagi di luar negara.
“Ini lebih baik, di mana sistem pembelajaran luar negara akan dibawa ke tempatan,” katanya sambil menambah program tersebut sudah pun dimulakan sejak tahun lepas.
- UB
logoblog

Thanks for reading LABUR PADA GURU TEMPATAN, BUKAN "IMPORT" GURU: KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK

Previous
« Prev Post

No comments: