Powered by Blogger.

Wednesday, October 19, 2011

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sarawak Lahir 1,181 Graduan

  NR       Wednesday, October 19, 2011

MOHD. Azhar Yahaya menyampaikan diploma kepada seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sarawak di Kuching, semalam.


KUCHING 18 Okt. - Seramai 1,181 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing pada majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) negeri di Hotel Four Points By Sheraton, di sini, hari ini.


Majlis konvokesyen itu merupakan gabungan empat buah kolej di negeri ini iaitu Kolej Kejururawatan Kuching, Kolej Kejururawatan Sibu, Sekolah Kejururawatan Serian dan juga Kolej Pembantu Perubatan Kuching.

Graduan tersebut terdiri daripada pelajar Diploma Kejururawatan, Diploma Kejururawatan (Kursus Peralihan Jururawat Masyarakat Ke Jururawat Terlatih), Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan serta Diploma Kesihatan Persekitaran.

Selain itu, ia turut melibatkan penerima Sijil Pembantu Kesihatan Awam, Sijil Jururawat Masyarakat, Pos Basik Penjagaan Trauma dan Kecemasan, Pos Basik Kebidanan, Pos Basik Perawatan Rapi dan Pos Basik Perawatan Perioperatif.

Pada majlis itu, seramai 17 graduan menerima anugerah pelajar terbaik mengikut jurusan pengajian masing-masing.

Penyampaian diploma dan sijil disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan, Datuk Abu Bakar Othman serta Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zulkifli Jantan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sarawak Lahir 1,181 Graduan

Previous
« Prev Post

No comments: