KAPIT 22 Okt. - Walaupun pelbagai kempen kesedaran mengenai HIV dan AIDS diadakan, hakikatnya terdapat sebahagian besar pelajar atau remaja masih tidak tahu mengenai penyakit itu.
Penolong Pegawai Perubatan Kapit, Greg Banti berkata, berdasarkan soal selidik, walaupun ramai pelajar mengetahui cara penyakit tersebut menular, tetapi mereka tidak pasti kaedah pencegahannya.
"Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 170 pelajar dan mendapati hanya 18 pelajar yang berjaya menjawab soalan berkaitan penyakit tersebut dengan betul.
"Oleh kerana itu kami berasa terpanggil untuk mengadakan ceramah ini agar pengetahuan pelajar mengenai penyakit yang semakin menular ini meningkat sekali gus menjauhkan diri mereka daripadanya," katanya selepas menyampaikan ceramah mengenai HIV dan AIDS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selirik, di sini semalam.
- Utusan Sarawak
No comments:
Post a Comment