Powered by Blogger.

Saturday, October 22, 2011

Lepasan Sekolah Dipelawa Mohon Kursus Jangka Pendek di SMV Miri

  NR       Saturday, October 22, 2011

KUCHING: Jabatan Pelajaran Negeri mempelawa lepasan sekolah yang berminat untuk memohon Kursus Jangka Pendek selama setahun.

Menurut kenyataan akhbar semalam, kursus berkenaan akan bermula pada pertengahan Januari 2012 di Sekolah Menengah Vokasional Miri.

Kursus yang ditawarkan ialah Projek LINK-Kimpalan Arka Tinggi.

Kelayakan bagi kursus ialah mereka yang tamat Tingkatan Lima dan berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.

Calon-calon yang memohon kursus hendaklah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia-Peringkat Asas atau Pertengahan dalam bidang kimpalan atau telah tamat mengikuti kursus kimpalan di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional atau institusi lain.

Borang permohonan dan maklumat kursus boleh didapati dari semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional di Sarawak.

Borang lengkap hendaklah dihantar ke alamat Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Tingkat 10 Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching selewat-lewatnya 21 November 2011.


- UB
logoblog

Thanks for reading Lepasan Sekolah Dipelawa Mohon Kursus Jangka Pendek di SMV Miri

Previous
« Prev Post

No comments: