Powered by Blogger.

Saturday, October 22, 2011

Persatuan Graduan Dayak Sarawak Anjur Seminar Motivasi SPM

  NR       Saturday, October 22, 2011

KUCHING:  Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) menganjurkan seminar motivasi baru-baru ini di Dewan Suarah Kota Samarahan bagi 170 pelajar SPM dari enam sekolah menengah di bahagian Kuching dan Samarahan.

Sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Balai Ringin, SMK Serian, SMK Kota Samarahan, SMK Muara Tuang, SMK Tabuan Jaya dan SMK Tebakang.

Objektif utama seminar sehari itu adalah untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Tiga kertas kerja dibentangkan, iaitu Teknik Menjawab Kertas Soalan Bahasa Inggeris oleh Gepat Gadip, Teknik Menjawab Kertas Soalan Sejarah oleh Slyvestor Michael Mijel serta Teknik Menjawab Kertas Soalan Bahasa Malaysia oleh Lin Asit.

Terdahulu Presiden SDGA Dr Dusit Jaul menasihati hadirin yang merangkumi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi supaya memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi masa depan mereka.

“Guru dan ibu bapa dapat membantu setakat yang termampu tetapi orang yang akan duduk di kelas pada hari  peperiksaan nanti adalah pelajar sendiri,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Dr Dusit mengingatkan pelajar yang menghadiri seminar bahawa sebagai pelajar, tugas mereka adalah untuk belajar.

Pada waktu kritikal menjelang peperiksaan, mereka tidak harus hilang tumpuan disebabkan oleh perkara lain.

Fikiran mereka harus tertumpu kepada usaha mencapai kecemerlangan akademik.


- UB 
logoblog

Thanks for reading Persatuan Graduan Dayak Sarawak Anjur Seminar Motivasi SPM

Previous
« Prev Post

No comments: