Powered by Blogger.

Monday, November 21, 2011

140 Komputer Riba 1Malaysia Kepada Tuai Rumah Tanpa Kira Pegangan Politik

  NR       Monday, November 21, 2011

SONG: Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi menyampaikan 140 Komputer Riba 1Malaysia (KR1M) kepada tuai-tuai rumah bagi kawasan DUN Katibas/Song, di Balai Raya Song di sini, kelmarin.

“Saya telah pun menyampaikan KR1M kepada tuai-tuai rumah di kawasan DUN Pelagus baru-baru ini. Tujuan utama kerajaan mengedarkan KR1M kepada para penerima semua adalah untuk merapatkan lagi jurang teknologi di kalangan penduduk di bandar dan luar bandar.

“Kerajaan bukan sekadar membawa pembangunan infrastruktur semata-mata, malah turut mementingkan pembangunan modal insan untuk penduduk di luar bandar agar mereka tidak jauh ketinggalan dalam era globalisasi masa kini.

“Komputer riba ini amat berguna kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sesebuah rumah panjang untuk membuat minit mesyuarat serta laporan mereka kepada pejabat daerah.

“Dengan adanya kemudahan ini, saya berharap tuai-tuai rumah dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas/Song Datuk Ambrose Blikau Enturan, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Radin Belayong dan wakil Pegawai Daerah Song Frank Lani.

Alexander berkata KR1M diberikan kepada semua tuai rumah di Parlimen Kapit, tanpa mengira pegangan politik mana-mana pihak.

“Jangan terlalu memikirkan politik semata-mata. Tidak ada gunanya untuk bercakap besar, tetapi tidak membawa pembangunan kepada rakyat.

“Kami (wakil rakyat) sudah pun mendapat mandat daripada rakyat semua, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kami semua untuk membawa pembangunan kepada rakyat,” katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 140 Komputer Riba 1Malaysia Kepada Tuai Rumah Tanpa Kira Pegangan Politik

Previous
« Prev Post

No comments: