Powered by Blogger.

Thursday, November 24, 2011

17 IPT sertai kejohanan taekwando UTeM

  NR       Thursday, November 24, 2011

ANTARA aksi yang ditunjukkan oleh peserta wanita yang menyertai Kejohanan Jemputan Taekwando Universiti Teknikal Malaysia Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 22 Nov. - Sebanyak 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negeri ini menyertai Kejohanan Jemputan Taekwando (WTF) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) anjuran Pusat Sukan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) UTeM yang berlangsung baru-baru ini.

Penyelaras program, Megat Ahmad Haziq berkata, kejohanan kali kedua tahun ini diadakan bersama Kelab Taekwando UTeM dengan kerjasama Kelab Taekwando Jasin bertujuan memberi pendedahan kepada ahli Kelab Taekwando UTeM sebagai penganjur kejohanan.

Menurutnya, program itu juga memberi peluang kepada IPT terlibat mengetengahkan bakat sama ada penuntut lelaki atau perempuan dalam kejohanan sukan tersebut.

"Ia juga menekankan objektif agar kejohanan ini dapat menjadi platform dalam mengeratkan hubungan antara ahli kelab dengan ahli kelab sukan yang sama dari IPT lain," katanya di sini.

Menurutnya, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu disertai 30 peserta.

Kejohanan bermula dengan acara menimbang berat untuk lapan kategori yang dipertandingkan antaranya kategori finfly bantam dan feather untuk lelaki serta wanita.

Selain itu katanya, melalui Kejohanan Jemputan Taekwando UTeM itu, ia mampu menyemai semangat bekerjasama, muhibah dan toleransi antara peserta dan pada masa sama membantu peserta membuat persediaan bagi kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2011.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 17 IPT sertai kejohanan taekwando UTeM

Previous
« Prev Post

No comments: