Powered by Blogger.

Thursday, November 17, 2011

1,860 Pelajar Miskin Terima Bantuan Sejumlah RM372,000

  NR       Thursday, November 17, 2011


PASIR PUTEH 16 Nov. - Seramai 1,860 pelajar miskin daripada 39 sekolah rendah di daerah ini menerima bantuan kewangan berjumlah RM372,000 di bawah Tabung Wang Ihsan.

Wang tersebut diagihkan kepada pelajar terbabit dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian itu, Datuk Che Min Che Ahmad dan Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh, Ismail Ghazali.

Zawawi berkata, Kerajaan Pusat sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat dan bantuan tersebut sedikit sebanyak mengurangkan bebanan mereka.

Beliau berkata, ia juga merupakan salah satu usaha yang dilakukan untuk memastikan tiada pelajar tercicir daripada persekolahan.

"Pelbagai bantuan disalurkan bagi mencapai matlamat yang sama termasuk pengagihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan Sekolah, bantuan persekolahan pelajar 2012 sebanyak RM100 bagi setiap pelajar.

"Inilah negara berkebajikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak sekian lama," katanya.

Tambahnya, bantuan persekolahan pelajar 2012 di jajahan ini telah mula diagihkan sekali gus menafikan tohmahan pembangkang yang mengatakan ia hanya janji kosong Kerajaan Persekutuan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 1,860 Pelajar Miskin Terima Bantuan Sejumlah RM372,000

Previous
« Prev Post

No comments: