Powered by Blogger.

Thursday, November 17, 2011

SK Pasir Puteh (Lelaki) diumum Sekolah Pintar Bank Islam

  NR       Thursday, November 17, 2011

Zukri Samat (tiga kanan) menyampaikan bantuan zakat dan kelengkapan sekolah kepada murid miskin Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Lelaki, semalam.


PASIR PUTEH 15 Nov. - Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) hari ini mengumumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh (Lelaki) dekat sini sebagai Sekolah Pintar BIMB selama tiga tahun bermula Januari 2012.

Pengarah Urusan BIMB, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya turut meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 setahun bagi pelaksanaan program peningkatan pendidikan, gerak gempur Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), program motivasi ibu bapa dan murid serta kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah itu.

Menurutnya, BIMB juga akan melaksanakan Program Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) dalam akademik dan kokurikulum dengan pelbagai hadiah insentif dan lawatan sambil belajar ke ibu negara setiap tahun.
"Pegawai Perhubungan BIMB akan terus memantau peningkatan akademik murid sekolah berkenaan supaya mencapai sasaran.

"Ini adalah sebahagian daripada sumbangan sosial korporat terhadap dunia pendidikan," katanya selepas menyampaikan ceramah motivasi di sekolah berkenaan di sini hari ini.

Pada majlis sama, seramai 35 murid miskin termasuk anak yatim menerima sumbangan zakat, pakaian sukan dan kelengkapan persekolahan.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazali dan Guru Besar sekolah berkenaan, Mukhtar Ya'acob.

Zukri yang juga bekas pelajar sekolah itu berkata, BIMB turut menampung kos bayaran tambahan sekolah seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bayaran-bayaran lain untuk pengajaran dan peralatan termasuk wang saku dengan keseluruhannya berjumlah RM14,000.

"Kemiskinan keluarga tidak seharusnya dijadikan alasan dan penghalang untuk murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran kerana banyak bantuan disalurkan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan dan sektor swasta," katanya.

Sementara itu, Ismail ketika ditemui mengalu-alukan sumbangan BIMB untuk membangunkan pendidikan secara bersama dan perkongsian pintar itu seharusnya dicontohi oleh sektor korporat yang lain.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading SK Pasir Puteh (Lelaki) diumum Sekolah Pintar Bank Islam

Previous
« Prev Post

No comments: