
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menahan tiga
pelajar terbabit di sebuah sekolah di Matang pada kelas sesi pagi untuk menyoal
siasat mereka berhubung insiden itu.
Perkara itu terbongkar apabila bapa gadis berusia 14 tahun itu
memberitahu polis, beberapa rakan sekelas lelaki anaknya meraba buah dada
anaknya ketika mereka di dalam kelas.
Dia turut mendakwa insiden yang berlaku pada 27 Oktober itu
dirakamkan oleh salah seorang pelajar terbabit menggunakan telefon bimbit.
Mangsa turut dikatakan pernah dibuli oleh beberapa rakan perempuan
di sekolah yang sama dengan memukul dan menarik rambutnya.
Sumber memberitahu, tiga pelajar yang ditahan yang kesemuanya
berusia 14 tahun, dipercayai dalang utama dalam kejadian itu dan tiada
tangkapan lain dijangkakan.
- UB, 12-11-2011
-
No comments:
Post a Comment