KUCHING: Aktiviti seksual antara dua rakan
Facebook bawah umur berakhir apabila ibu bapa gadis berkenaan membuat laporan
polis atas dakwaan rogol.
Perbuatan tersebut diketahui Isnin lepas ketika
gadis berumur 15 tahun terbabit berasmara dengan pasangannya yang berusia 16
tahun yang baru dikenali menerusi laman sesawang sosial.
Berdasarkan kepada laporan yang dibuat, polis
telah menahan budak lelaki di kediamannya di Batu 6, Jalan Penrissen sekitar
jam 10 malam dan ditahan di lokap.
Menurut sumber, pasangan kekasih remaja terbabit
mengenali antara satu sama lain selepas berkenalan menerusi Facebook dan
beberapa minggu kemudian mengadakan hubungan seks di kediaman lelaki berkenaan.
Ibu bapa remaja perempuan tersebut mulai
menyesyaki ketiadaan anaknya di rumah mereka di Petra Jaya dan mendapati dia
melakukan hubungan asmara selepas ditanya. Kes masih dalam siasatan lanjut.
- UB
No comments:
Post a Comment