Powered by Blogger.

Wednesday, November 16, 2011

Pemuda Mengaku Tidak Bersalah Rogol Gadis 14 Tahun

  NR       Wednesday, November 16, 2011

MIRI: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petang semalam terhadap tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Jerry Jok, 24, dari Kampung Kayan, Long Lama telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1)Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah merogol seorang gadis bawah umur yang ketika itu berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada atau sekitar jam 10 malam, 24 Oktober lalu di sebuah bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Kayan, Hulu Ubong Imang, Long Lama, Baram.

Terdahulu, pegawai pendakwa Cif Inspektor Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baru untuk perbicaraan kes ini memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan permohonan itu dan menetapkan dua hari iaitu pada 8 dan 9 Februari 2012 untuk perbicaraan lanjut.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Lambir sementara menunggu tarikh tersebut.

- UB

logoblog

Thanks for reading Pemuda Mengaku Tidak Bersalah Rogol Gadis 14 Tahun

Previous
« Prev Post

No comments: