Powered by Blogger.

Monday, November 28, 2011

Bantuan Zakat Bank Islam Ringankan Beban Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

  NR       Monday, November 28, 2011

SEREMBAN 24 Nov. - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) mengagihkan kira-kira RM11.5 juta bantuan zakat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datin Norasni Ayob berkata, jumlah tersebut merupakan zakat terkumpul bagi 2010 yang diagihkan pada tahun ini.

''Pemberian zakat ini telah diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan seperti rumah kebajikan, fakir miskin, anak yatim termasuk pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

''Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Islam dalam usaha membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Zakat Bank Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Norasni menyampaikan cek berjumlah RM50,000 kepada Naib Canselor Usim, Prof. Datuk Dr. Mohamad Muda untuk diagihkan kepada penuntut Usim yang berkelayakan.

Menurut Norasni, selain bantuan wang, sebahagian daripada jumlah wang zakat yang diperuntukkan itu turut digunakan bagi tujuan membina dan membaiki rumah golongan miskin.
''Di samping membaik pulih rumah individu yang terpilih ini, kita juga turut menggunakan duit zakat ini untuk membelikan mereka perabot baru," jelasnya.

Mengulas pemberian zakat Bank Islam kepada IPT, Norasni memberitahu, hampir 90 peratus institusi pengajian tinggi awam menerima agihan bantuan zakat tersebut.

''Kita berharap melalui pemberian bantuan ini, ia sedikit-sebanyak dapat membantu pelajar dalam pengajian mereka," ujarnya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Bantuan Zakat Bank Islam Ringankan Beban Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Previous
« Prev Post

No comments: