KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang bekas pembantu jururawat yang sebelum ini didakwa atas tuduhan memperdagangkan bayi di sebuah hospital pada tahun lalu, hari ini sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama dengan melibatkan mangsa lain.
Kali ini, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan pada November tahun lalu.
Wanita terbabit yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan tersebut bagi maksud eksploitasi di sebuah rumah beralamat 07-01, Pangsapuri Seroja, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan Kepong, Sentul di sini pada pukul 8.15 malam, 14 November 2010.
Dakwaan terhadap tertuduh yang diwakili peguam K. Muthiah dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda.
Di mahkamah sama, pakar bedah, Datuk Dr. Mohammad Feizal Abdullah, 72, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat butiran palsu terhadap pendaftaran bayi tersebut di Hospital Taj, Jalan Ipoh, Sentul di sini antara 26 Julai dan 21 September 2010.
- Utusan
No comments:
Post a Comment