Powered by Blogger.

Tuesday, November 29, 2011

Dr Francois Therin, Dekan Sekolah Perniagaan Curtin Sarawak Yang Baru

  NR       Tuesday, November 29, 2011

MIRI: Universiti Curtin Sarawak (Curtin Sarawak) telah melantik Dr Francois Therin sebagai dekan Sekolah Perniagaan yang baru.

Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang pendidikan, Therin sebelum ini merupakan Naib Presiden Hal Ehwal Akademik Kolej Universiti di Muscat, Oman.

Dr Therin mengambil alih jawatan itu daripada Shamsul Kamariah Abdullah, yang memegang jawatan dekan bagi tempoh tiga tahun.

“Saya akan berusaha meningkatkan mutu kualiti Sekolah Perniagaan Curtin agar sebaris dan setanding dengan sekolah-sekolah perniagaan di rantau Asia dengan memperkenalkan program-program baharu yang lebih menarik,” jelasnya.

Beliau bertekad mahu meningkatkan pengambilan pelajar antarabangsa serta akan bekerjasama erat dengan kampus induk Curtin di Perth Australia untuk penyelidikan.

Dr Therin, warganegara Perancis pernah juga memegang jawatan akademik dan pentadbiran dalam institusi pengajian tinggi seperti U21Global iaitu sekolah siswazah secara online yang menawarkan program-program pascasiswazah yang diakui di seluruh dunia, di Euromed Marseille Ecole de Management dan Grenoble Ecole de Management di Perancis.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan tambahan di University of Liverpool/Laureate, Robert Kennedy College di Switzerland dan Universiti Teknologi Queensland di Australia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai perunding untuk Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pusat Pemindahan Teknologi Pasifik, Pertubuhan Pembangunan Perindustrian (UNIDO) di bawah PBB di Taman Teknologi Krakow Poland dan Sekolah Pengurusan Anderson di Universiti California Los Angeles Amerika Syarikat.

- UB
logoblog

Thanks for reading Dr Francois Therin, Dekan Sekolah Perniagaan Curtin Sarawak Yang Baru

Previous
« Prev Post

No comments: