Powered by Blogger.

Wednesday, November 16, 2011

DUN Sarawak Tolak Usul DAP Berhubung Isu PPSMI

  NR       Wednesday, November 16, 2011
KUCHING, 15 Nov (Bernama) -- Usul DAP yang mahu kajian semula dilakukan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ditolak.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata usul yang dikemukakan Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) telahpun diputuskan di Dewan Rakyat dan ia tidak boleh dibawa ke persidangan DUN negeri.

Keputusan berhubung pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan ia tidak boleh dibincangkan di peringkat negeri, kata Mohd Asfia sebaik persidangan DUN bersambung semula petang Selasa.

Mengenai usul kedua daripada Wong berhubung bayaran premium tanah di negeri ini, Mohd Asfia berkata sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk pembayaran balik premium kawasan rumah kediaman, tanah pertanian dan rumah kedai.

Speaker DUN Sarawak itu turut menolak usul daripada Chong Chien Jen (DAP-Kota Sentosa) berhubung isu laporan daripada kerajaan Swiss terhadap aset Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Switzerland kerana perkara itu telahpun disebut pada persidangan DUN Sarawak Jun lepas.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading DUN Sarawak Tolak Usul DAP Berhubung Isu PPSMI

Previous
« Prev Post

No comments: