Powered by Blogger.

Wednesday, November 16, 2011

STU Perjelas Kekeliruan Semakan Status PPSMI Sekolah Pada 3 Dis

  NR       Wednesday, November 16, 2011
KUCHING, 15 Nov (Bernama) -- Bakal pelajar ke Tingkatan Satu boleh membuat semakan di sekolah masing-masing pada 3 Dis ini bagi mengetahui sekolah yang akan menggunapakai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau sebaliknya pada 3 Dis ini.

Presiden Kesatuan Guru (STU) Sarawak William Ghani Bina berkata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud telah mengeluarkan arahan untuk membuat semakan status itu pada tarikh berkenaan.

Ibu-bapa perlu menghubungi sekolah atau datang sendiri untuk mengetahui sama ada sekolah berkenaan akan meneruskan PPSMI atau menggunakan Bahasa Melayu.

"STU perlu memberi penjelasan berikutan ada kekeliruan di kalangan guru-guru yang baru mendapat arahan itu beranggapan 3 Dis adalah tarikh pendaftaran sedangkan tarikh pendaftaran ialah pada hujung Disember," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata guru-guru tidak perlu ke sekolah pada tarikh itu kerana ia bukan pendaftaran tetapi hanya semakan status.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dipetik sebagai berkata sekolah diberi pilihan sama ada untuk meneruskan PPSMI secara sepenuhnya atau dalam Bahasa Melayu atau menggunakan kedua-dua bahasa.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading STU Perjelas Kekeliruan Semakan Status PPSMI Sekolah Pada 3 Dis

Previous
« Prev Post

No comments: