Powered by Blogger.

Sunday, November 06, 2011

Gabungan NGO Malaysia Tidak Setuju Akta Universiti & Kolej Universiti Dipinda

  NR       Sunday, November 06, 2011

PUTRAJAYA 1 Nov. – Gabungan NGO Malaysia (GNM) sama sekali tidak bersetuju jika golongan pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) diberi kebebasan untuk berpolitik.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya percaya jika golongan tersebut diberi kebebasan untuk berpolitik akan timbul satu fenomena yang kurang enak menyebabkan institusi pembelajaran di negara ini terjejas.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu bertegas untuk mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) daripada dimansuhkan atau dipersoalkan pelaksanaannya.

“AUKU adalah suatu akta yang diluluskan di Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, jadi setiap keputusan terhadap AUKU perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

“Kita menghormati setiap keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah, namun ia perlu diperhalusi semula demi melihat golongan pelajar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sepatutnya,” kata ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Jurit, kecenderungan pelajar untuk perpuak-puak akan menjadi lebih tinggi jika mereka dibenarkan berpolitik tidak kira di dalam atau luar kampus.

“Perasaan hormat terhadap pensyarah juga akan hilang jika mereka tidak sehaluan dalam isu politik, masalah ini bukan sahaja akan meruntuhkan moral pelajar, malah menyebabkan pencapaian sesebuah IPT itu merosot,” katanya.
Selain itu katanya, jika ada kumpulan mahasiswa mahu melibatkan diri dalam politik negara, mereka haruslah menunggu sehingga tamat pengajian.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Gabungan NGO Malaysia Tidak Setuju Akta Universiti & Kolej Universiti Dipinda

Previous
« Prev Post

No comments: