KUALA LUMPUR: Rahsia
seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan yang kononnya diserang sawan dan
muntah tanpa henti terjawab apabila pemeriksaan doktor mendapati mangsa
mengalami kecederaan di kepala, badan dan kaki dipercayai didera, kelmarin.
Kanak-kanak malang itu
dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 5 petang oleh ibu
saudaranya berusia 31 tahun yang menetap di Sri Murni, Jinjang.
Menurut sumber, sebaik tiba di unit kecemasan HKL, ibu saudara mangsa memberitahu anak saudaranya itu mengalami sawan dan muntah.
“Pegawai perubatan itu
kemudian melakukan pemeriksaan dan rawatan di zon merah unit kecemasan hospital
berkenaan.
“Selepas diberikan rawatan, doktor mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, badan dan kaki mangsa dipercayai akibat didera,” katanya.
Sehubungan itu, doktor terseebut membuat laporan polis di Pondok Polis HKL sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan.
Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan berkenaan.
- hMetro
No comments:
Post a Comment