MUZIK CINA: Saksikan Pemuzik Tradisional Cina dari Pusat Muzik Shangyin pada CEC 2011 di Kuching 18 hingga 20 November ini.
KUCHING: Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Pendidikan
Komanwel (CEC) 2011 yang bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 November 2011
di pusat beli-belah Hills di sini.
Kurang daripada tiga minggu menjelang CEC, karnival percuma ini
bakal menyediakan pilihan dan peluang kepada pelajar dan ibu bapa meninjau
pelbagai pilihan kursus daripada kemahiran, diploma, sijil, ijazah dan pelbagai
lagi bidang.
Antara aktiviti yang bakal dilangsungkan sepanjang acara tiga hari
tersebut ialah demonstrasi kecergasan dan kesihatan, demo kulinari, pertunjukan
fesyen dan pelbagai lagi.
Turut akan diadakan ialah ‘Bites Culinary Competition’ di mana
orang awam digalakkan menyertai penyediaan hidangan sihat.
Dalam pada itu orang ramai turut diingatkan supaya tidak
melepaskan peluang menyaksikan persembahan muzikal klasik Cina oleh pemuzik
berbakat dari Pusat Muzikal Shangyin.
Pertunjukan tersebut akan bermula dari jam 7 hingga 8 malam pada
19 November yang mana ia bertujuan mempromosikan pembelajaran muzik klasik Cina
serta sebagai platform pementasan kemahiran dan teknik muzik oleh ahli daripada
Pusat Muzikal Shangyin.
Pusat tersebut telah ditubuhkan sejak 2000 dan objektif utamanya
adalah mempromosikan seni tradisional Cina dan memperbaiki kualiti muzik
tradisional Cina di Sarawak.
Dalam usaha untuk menarik minat belia-belia ke atas muzik
tradisional Cina, Pusat Muzikal Shangyin telah melantik guru muzik profesional
untuk mengajar terutama bagaimana memainkan ‘pi pa’, kecapi tali empat Cina dan
‘gu zheng’.
Pusat muzik ini juga telah menganjurkan beberapa peperiksaan muzik
sejak 2007 antaranya China Shanghai Music Institute Overseas Grade Exam.
CEC 2011 dijangka dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan
Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.
Untuk itu orang ramai dijemput untuk tidak melepaskan peluang
menghadiri Karnival Pendidikan Komanwel 2011 pada 18 hingga 10 November ini.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.commonwealtheducationcarnival.com.
- UB

No comments:
Post a Comment