HASAN (tengah) melihat kesan pergerakan tanah di kawasan cerun di KKTM, Rembau semalam.
REMBAU - Sebanyak 11 buah kuartes kakitangan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau (KKTM) di sini terpaksa dikosongkan berikutan pergerakan tanah cerun berhampiran bangunan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Arahan pengosongan bangunan tersebut melibatkan seramai 11 keluarga yang terpaksa berpindah sementara ke rumah lain bagi mengelak kejadian lebih buruk.
Pengurusan KKTM mengeluarkan arahan itu selepas melihat kuarters yang didiami kakitangannya mula terancam berikutan struktur tanah yang tidak stabil.
Jurutera Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Mohd. Harzullah Ibrahim menjelaskan, selepas struktur tanah di kawasan cerun berkeluasan 7.5 hektar mula bergerak, ia meretakkan dinding cerun.
"Kita dapati ia berpunca daripada kadar taburan hujan tinggi sejak beberapa hari lalu selain keadaan tanah jenis kaolin atau tanah liat putih yang menyerap air di kawasan berketinggian lebih 50 meter itu.
"Jika keadaan ini berterusan, maka berlaku pergerakan air yang serius dalam tanah dan akan menyebabkan struktur tanah tidak stabil dan membahayakan," katanya.

No comments:
Post a Comment