Powered by Blogger.

Monday, November 28, 2011

Nur Farah Aina, Pelajar SK Undang Abdul Kamat Pertama Dapat 5A Sejak 1941

  NR       Monday, November 28, 2011


JOHOL - Biarpun hanya sebagai anak seorang penoreh getah, ia bukan halangan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Kamat (SKDUK), di sini mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.

Nur Farah Aina Sharin, 12, merupakan murid pertama sekolah berkenaan yang berjaya mendapat keputusan sedemikian sejak sekolah itu ditubuhkan pada 1941.

“Saya tidak pernah mengambil kelas tuisyen kerana saya yakin kelas tambahan yang disediakan guru di sekolah mampu membantu saya untuk mengecapi kejayaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya dekat Kampung Nuri, di sini.

Selain itu, anak bongsu dari lima beradik itu bersyukur kerana bapanya, Sharin Yunus, 52, dan ibunya, Kamariah Naim, 49, sentiasa memberi sokongan kepadanya.


- SH
logoblog

Thanks for reading Nur Farah Aina, Pelajar SK Undang Abdul Kamat Pertama Dapat 5A Sejak 1941

Previous
« Prev Post

No comments: